Saturday, December 19, 2009

kawasan padi KUALA KURAU

kuala kurau antara tempat masyarakatnya melakukan aktiviti menanam padi..

Usahawan KUALA KURAU

TELUR MASIN KUALA KURAU

Perusahaan telur masin ini di usahakan oleh Joo Hong Chan yang merupakan satu - satunya pengusaha Cina yang mengusahakan perusahaan ini di daerah Kerian.

Produk : Telur Masin
Nama Syarikat : JOO HONG CHAN ENTERPRISE
Alamat Operasi : 125 Jalan Besar 34350 Kuala Kurau, Perak
No Tel : 05-7277296
Tarikh di tubuhkan : Tahun 1976
Jumlah Pekerja : 14 orang
Waktu Operasi : Isnin - Jumaat ( 8 pagi - 5 petang )
Pasaran : Seluruh Malaysia
Harga di Pasaran : 40sen sebiji / RM 20 - 50 biji





pengusaha telur masin kuala kurau


CENDOL KUALA KURAU

Produk : Cendol

Alamat Operasi : No.10 Kampung Pandak Puteh, Kuala Kurau, Perak

No.Telefon : 05-727 0850 / 012-571 9390 / 012-560 9052

Tahun ditubuhkan : 1998

Waktu Operasi : Isnin hingga Jumaat (8.00 pagi - 5.00petang)

Pasaran : Sekitar Kuala Kurau

Harga di pasaran : RM 1.70 sekilogram

ALAMAT:

CENDOL KUALA KURAU
Encik Mohd Aini Bin Yahaya
No.10 Kampung Pandak Puteh
34350 KUALA KURAU

Apa yang menarik di KUALA KURAU

DI KUALA GULA BIRD SANCTUARY



Semasa musim penghijrahan antara Ogos dan setiap tahun April, lebih daripada 200,000 unggas menghijrah mewakili sebahagian 50 keping duit syiling sedang dianggar untuk berhenti di sini.

Terdapat juga pelawat lengkap dan informatif pusat-pusat di mana anda boleh mendapatkan program pendidikan terperinci dan mempamerkan, tumpuan yang pada kepentingan menjaga dan memelihara bakau ekosistem dan jumlah besar bagi pemastautin dan spesies unggas penghijrah.

Kuala Gula Bird Sanctuary telah memenangi "Tarikan Pelancong Terbaik (Tarikan Alam Semulajadi)" kategori semasa Malaysia Tourism Awards, satu anugerah berprestij menyampaikan kepada agensi-agensi dan organisasi-organisasi yang menyumbang untuk pembangunan pelancongan

DI BAN PECAH

Ban Pecah merupakan pantai nelayan tempat dimana para nelayan mencari rezeki. Kawasan sekitarnya terdapat sawah padi dan tidak jauh dengan laut. Ban Pecah juga dikenali sebagai Pantai Roboh. Pantai Ban Pecah turut menjadi tumpuan utama kaki pancing. Ikan yang paling popular dikalangan kaki pancing disini adalah ikan sembilang.

Selain daripada itu, pantai Ban Pecah juga turut terkena tempias bencana Tsunami dimana telah mengorbankan seorang mangsa dari penduduk kampung disini.





Sejarah Kuala Kurau

Setakat ini belum dapat dikesan tarikh sebenar Kuala Kurau dibuka. Namun berdasarkan kepada ingatan orang tua-tua diyakini bahawa ianya dibuka sekitar tahun 1800-an dahulu. Bermula daripada beberapa keluarga orang melayu Perak meneroka kawasan Kuala Kurau untuk bersawah dan menangkap ikan, maka sejak itu dari sehari ke sehari Kuala Kurau diteroka dan di banjiri pendatang dari pelbagai tempat dan kaum. Di zaman penjajahan Inggeris, Kuala Kurau dan sekitarnya diteroka dengan pesatnya untuk dijadikan ladang kelapa dan tebu. Orang-orang India di bawa masuk untuk bekerja di ladang dan orang-orang Cina datang membuka perniagaan dan perdagangan. Kuala Kurau semakin maju sehingga penjajah Inggeris menjadikannya sebagai sebuah pelabuhan import dan eksport yang lengkap dengan pejabat dan pegawai-pegawai kastamnya (Jabatan Shahbandar, Kuala Kurau). Terbitnya nama Kuala Kurau adalah gabungan daripada dua perkataan iaitu KUALA kerana kedudukannya di Kuala (muara) sungai dan KURAU nama jenis (Ikan Kurau) yang termasyhur dan amat banyak terdapat dalam sungai tersebut di masa itu.

Pengenalan Kuala Kurau

Mukim Kuala Kurau adalah salah satu daripada 8 buah mukim dalam Daerah Kerian. Terletak di sebelah barat daerah Kerian iaitu di bahagian pantai menghadap ke Selat Melaka. Ianya bersempadan dengan Mukim Parit Buntar (Pekan Jalan Baru) dan mukim Tanjung Piandang (Pt. Telok Pial & Pt. Tok Hin) di sebelah utara. Bersempadan dengan mukim Bagan Serai (Pt. Sg Dungun) di sebelah timur. Bersempadan dengan mukim Selinsing (Sungai Gula) di sebelah selatan. Bersempadan dengan Selat Melaka di sebelah baratnya.